Refleksi Diri

Assalamualaikum w.b.t. πŸ˜†
Pada post kali ini saya ingin menerangkan refleksi diri tentang subjek dinamika. Pada mulanya saya keliru apa itu yang dipelajari oleh pelajar semester 1 dalam subjek dinamika pada awal semester tapi apabila saya melihat mereka membuat ice breaking, video kemerdekaan dan pengucapan umum saya berasa sedikit teruja untuk belajar subjek dinamika. Apabila saya memasuki semester 2 dan mempelajari subjek dinamika saya dapat mengetauhi bahawa subjek dinamika adalah subjek yang dapat memberikan pengalaman, menambahkan keyakinan untuk bercakap di hadapan orang, bekerjasama dalam kumpulan dan bertanggungjawab dalam memberi kerjasama untuk menyiapkan video dinamika.

Dalam subjek Kemahiran Dinamika terdapat beberapa tugas yang diberi oleh cikgu dinamika iaitu Puan Noorlida. Daripada tugas yang diberikan terdapat kesan yang diperolehi. Sebelum saya memberi hasil daripada pembelajaran subjek Kemahiran Dinamika, saya ingin menceritakan tugas yang saya laksanakan terlebih dahulu.

Tugas pertama yang diberikan oleh Puan Noorlida ialah membuat rakaman video tentang diri saya. Dalam Video itu saya perlu menceritakan latar belakang saya, dan juga menceritakan kenangan yang menjadi titik tolak dalam perubahan hidup saya dan saya juga mencari perumpamaan tentang diri saya iaitu burung.🐦

Tugas yang seterusnya ialah merakam video kempen kemasyarakatan, kumpulan kami telah memilih " Kempen Gaya Hidup Sihat". Dalam video tersebut kami memasukkan nilai yang boleh dipraktikkan oleh semua. Kami memasukkan scene mengajak orang yang kaki study, kaki makan, kaki tidur, kaki selfie untuk bersama-sama bersukan. kami juga memasukkan beberapa scene aktiviti bersukan yang terdapat di kolej. Gambar dibawah merupakan gambar kami dalam menyiapkan video bersama-sama. πŸ‘±πŸ’›



Tugasan yang seterusnya ialah mengadakan pelancaran video yang telah kami siapkan. Semasa kempen itu kami harus memgang jawatan yang selalu ada dalam majlis pelancaran sesebuah acara. Jawatan yang terdapat dalam pelancaran itu ialah vip, pengarah kolej, ketua projek, pa system, mc dan runner. Pelancaran kempen yang dilakukan berjalan dengan lancar. Gambar dibawah menunjukkan penutup kepada pelancaran video kami.
🌹
    

Tugasan yang keempat ialah membuat blog dan menceritakan tentang tips pembangunan diri, tips yang dipilih oleh saya ialah 'tips Keselamatan Diri'. Saya memilih tajuk ini kerana saya merasakan tips ini sangat berguna untuk diri saya dan juga semua. Saya memilih tips ini juga kerana tips ini sangat penting untuk perempuan yang berusia muda seperti saya supaya dapat membuat persediaan awal pada masa depan untuk melindungi diri daripada sebarang bahaya. Gambar dibawah adalah kata-kata hikmah yang terdapat dalam tips yang dipilh oleh saya:πŸ‘€


Tugasan yang terakhir atau kelima ialah pengucapan umum. Dalam pengucapan umum saya telah menyediakan slide untuk menerangkan tentang tips yang dipilh oleh saya iaitu 'tips keselamatan diri'. Saya juga telah menerangkan dengan lebih teperinci tentang tips keselamtan diri di dalam blog ini. Saya telah melakukan yang terbaik dalam pengucapan umum dan komen yang diberikan cikgu selepas saya selesai memberi pengucapan membuat saya ingin mempertngkatankan lagi dalam memberi pengucapan secara spontan. Gambar dibawah menunjukkan semasa saya melakukan pengucapan umum:πŸ‘©


Saya ingin memberitahu tentang apa yang saya dapat daripada pembelajaran dinamika. Pertama ialah saya dapat pengalaman yang amat berharga dalam menyediakan semua tugasan yang diberi oleh cikgu, meskipun saya penat yang amat penat dalam menyiapkan video tapi kami bersam-sama menyiapkan dalam suasana yang ceria ini adalah suatu yang amat berharga dan tidak mampu diciptakan jika tidak ada subjek dinamika. Yang Kedua ialah saya dapat menguruskan masa dengan lebih baik dalam membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan yang diberi supaya dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan disamping saya masih dapat menyiapkan kerja pembelajaran subjek lain. yang ketiga ialah saya dapat meningkatkan sifat kerjasama dalam diri saya, iaitu saya harus memberikan komitmen yang tinggi dalam menyiapkan semua tugasan yang diberi cikgu terutamanya video dan pelancaran kempen kemasyarakatan. Seterusnya, saya dapat mempertingkatkan keyakinan saya untuk berucap di hadapan orang kerana pada mulanya saya kurang berkeyakinan dan berasa malu.  Akhir sekali, saya merasakan subjek kemahiran dinamika sangatlah bagus untuk semua pelajar kerana memberikan banyak perubahan kepada pelajar dari segi perubahan untuk mempertingkatkan keyakinan diri, kerjasama, tanggungjawab dan banyak lagi.dan setiap kemahiran yang diperolehi dalam subjek dinamika ini membolehkan say dan juga pelajar lain mempraktikkan untuk masa hadapan di universiti dan juga semasa kerja nanti. Sekian untuk post kali ini, terima kasih dan InshaAllah kita berjumpa lagi untuk post yang akan datang. ❀

Comments

  1. done..keep it up... jgn lokek berkongsi pengalaman dan idea. masukkan gambar dan tambah media utk interaksi yg lebih meluas.

    ReplyDelete

Post a Comment